Kebanyakan dari kita memang ada soft spot untuk warga emas. Bila kita nampak orang tua sedang berjalan sorang-sorang pun boleh rasa sedih sebab teringat dekat ibu ayah di kampung.
Lagi menyedihkan bila kita lihat warga emas yang sepatutnya di akhir-akhir usia ini duduk di rumah dan berehat tapi disebabkan kekangan kewangan, mereka masih perlu bekerja kuat hanya untuk mencari sesuap nasi.
Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok @danielashraf telah kongsikan video dia bertemu dengan seorang lelaki berusia 68 tahun yang terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan untuk menyara hidupnya.
Video:
Menurut Ashraf, pak cik ini baru sahaja dua bulan mula menjadi rider penghantar makanan dan sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pemandu lori.
Rata-rata netizen yang melihat video ini turut kongsikan rasa sebak mereka melihat orang seusia ini masih perlu bekerja keras dan ada juga yang berhasrat untuk membantu pak cik ini dari segi kewangan.
Komen Netizen:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Lobak Merah, Tiktok @danielashraf1370
Leave a Reply