“Nak Tidur Pun Saya Tiada Masa, Apatah Lagi Nak Bercinta..” – Sharifah Husna

Pelakon Sharifah Husna Syed Feizal, 28, yang sedang h4ngat bercinta dengan pelakon Halim Radzi, 25, mengakui ini adalah cinta pertamanya.

Sharifah Husna atau Husna berkata, ketika belajar jurusan perubatan di Perdana University Royal College Surgeons (Republik Ireland) di Serdang, Selangor, dia tiada masa untuk bercinta.

“Sebelum berlakon, nak tidur pun saya tiada masa, apatah lagi nak bercinta. Tanggungjawab sebagai pelajar perubatan amat berat.

“Pergaulan dengan lelaki pun kurang. Namun semasa berlakon, tanpa sedar saya akhirnya temui seseorang yang bermakna dalam hidup saya.

“Tak dinafikan semasa berlakon ada pelakon yang nak berkawan dan berkenalan tapi kalau sekadar terkenal atau berharta tak cukup jika tanpa sayang yang mendalam,” katanya kepada Harian Metro. Mereka bertemu buat kali pertama apabila digandingkan dalam drama Kasih Tak Terungkap dan kemudian bergandingan pula dalam Dia Bidadari Dari Syurga yang disiarkan menerusi TV Okey tahun lalu.

“Ketika berlakon Kasih Tak Terungkap belum ada apa-apa lagi. Kemudian dalam Dia Bidadari Dari Syurga, ketika itulah kami mula berkawan.

“Saya sukakan cara Halim yang sangat berdisiplin, baik dan cara percakapan sangat sopan. Selain itu dia amat menjaga keluarganya. Saya mengagumi dia kerana satu ketika kami sedang menjalani penggambaran, bapanya menghidap bar4h. Masa tu dia sangat sedih,” katanya.

Menurutnya, sebagai kawan dia membuat panggilan video pada jam empat pagi untuk berbual dengan Halim dan mendapati pemuda ini berada di sebelah bapanya.

“Halim sedang jaga bapanya. Saya amat tertarik kerana dia pentingkan keluarga. Malah waktu bercakap dengan ibunya dia sangat sopan.

“Saya sangat suka kerana orang yang jaga keluarga, Insya-Allah akan jaga bakal isteri dengan baik. Kedudukan saya dalam keluarga sebagai anak sulung manakala dia bongsu.

“Apabila lama berkawan dan masing-masing tahu karakter antara satu sama lain, barulah kami umumkan bercinta. Ia bukan cinta pandang pertama. Kami bercinta bila dah kenal sebagai kawan,” katanya.

Husna yang dikenali menerusi drama Mr Boss Miss Stalker dan Assalamualaikum Cinta berkata, dia percaya pada Halim dan boleh bergantung kepadanya sepanjang hidup.

“Bila dah tua nanti takkan cantik dan terkenal macam dulu. Bila saya susah pasti dia mampu jaga. Saya nak ciri-ciri begitu. Sampai bila-bila pun dia akan jaga dan akan sayang.

“Ikutkan saya pernah jumpa doktor dan ahli perniagaan yang kaya, tapi saya fikir bolehkah mereka jaga saya? Jadi saya tak berminat nak kenal lebih dalam. Namun, Halim walaupun orangnya ringkas dan bukan kaya, saya nak kenal dia. Saya boleh rasa dia seorang yang bertanggungjawab,” katanya.

Husna mengakui mereka mempunyai perancangan untuk berkahwin, namun terpaksa menangguhkan akibat Covid-19.

“Pandemik yang berlaku mengganggu perancangan kami. Wang simpanan pun habis kena guna untuk pelbagai perkara termasuk tolong kawan artis.

“Sepatutnya saya nak guna wang itu untuk kahwin dalam masa terdekat. Saya tak rancang untuk buat majlis bertunang kerana nak terus nikah.

“Saya akui tak sanggup nak hadapi dugaan masa bertunang. Kami tak kisah digandingkan untuk berlakon bersama sampailah berkahwin,” katanya yang mahu mempunyai syarikat produksi sendiri suatu hari nanti.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.