Pelakon senior yang pernah memegang watak sebagai Roy dalam filem Gila-Gila Remaja, Faizal Hussein terkenangkan kisah-kisah lucunya yang pertama kali berjumpa dengan seniman agong tanah air, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Jelas Faizal, pada ketika itu dia berusia dalam lingkungan empat tahun dan bapanya yng juga pelakon, Allahyarham Hussein Abu Hassan membawanya ke lokasi penggambaran filem komedi popular arahan P. Ramlee yang berjudul Laksamana Do Re Mi.
Katanya lagi, ketika itu dia telah membuat satu kesilapan sehingga sesi penggambaran filem itu terpaksa diberhentikan seketika.
“Sewaktu penggambaran filem Laksamana Do Re Mi itu, arwah bapa saya membawa watak sebagai Menteri Fasola. Dalam filem itu, ada satu babak di mana memaparkan aksi pertempuran di antara mereka di dalam sebuah gua.
“Jadi waktu kedua mereka sedang melakonkan babak tersebut, saya sebenarnya berada di belakang gua tersebut,” ujarnya
Oleh kerana terlalu teruja melihat pro dan replika gua yang telah dihasilkann oleh pihak produksi, Faizal Hussein secara spontan menggoyangkan gua tersebut saat sesi penggambaran sedang dijalankan.
“Pada waktu itu, sangat terkesima dan kagum dengan cara mereka menyediakan set gua berkenaan.
“Tapi saya tidak tahu mereka menngunakan cardboard untuk membuat gua berkenaan dan kemudiannya di cat. Pada bahagian belakang, mereka hanya meletakkan rangka-rangka ka-yu.
“Sebabkan sangat teruja, saya pun dengan spontan goyangkan gua tersebut dan pada ketika itu, P. Ramlee dan ayah saya tengah lawan.
“Kerana kejadian itu, mereka terpaksa hentikan shoot dan director pun jerit ‘cut.. kenapa gua bergoyang’,” jelas Faizal.
Dalam pada itu, Faizal juga turut menceritakan sebaik saja habis sesi penggambaran itu, bapanya telah membawa dia berjumpa dengan P. Ramlee.
“Lepas diperiksa, mereka nampak saya dekat belakang gua. Muka saya pun ‘blur’ sebab tidak tahu apa-apa.
“Sejurus lepas itu, bapa saya bawa berjumpa dengan P. Ramlee. Kami bersalaman kemudian dia tegur saya fasal goyang gua tadi dan dia peluk saya. masa tu tiada kamera,jadi tidak dapat untuk bergambar,” katanya lagi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: MH
Leave a Reply